Nama pun penyanyi nombor satu negara, mestilah sambutan hari lahir pun kena grand dan meriah! Lebih-lebih lagi, menyambut ulang tahun ke-40 kan.

Malam Jumaat lalu menyaksikan hampir 500 tetamu hadir meraikan birthday girl kita, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung penuh gemilang di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra  (PWTC).

Bukan sahaja kelibat keluarga tersayang dan sahabat handai, malah malam tersebut turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis antaranya Nelydia Senrose, Fasha Sandha, Khai Bahar dan ramai lagi.

Selain acara wajib memotong kek, malam itu turut diwarnai persembahan bertenaga daripada penyanyi-penyanyi popular Malaysia antaranya Hael Hussaini, Jaclyn Victor dan Lan Solo.

Malah, Siti Nurhaliza turut membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunda tersayang, Siti Salmah Bachik seutas gelang tangan emas sebagai tanda penghargaan pengorbanan ibu tersayang melahirkan dan menjaganya.

Jom layan video sekitar majlis ulang tahun ke-40, pemata seni negara, Siti Nurhaliza!- MHETV

Iklan