Aduh, kasihan pun ada bila menonton video yang dimuat naik pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak yang ‘tersadai’ di tepi lebuh raya selepas kereta yang dipandunya kehabisan minyak.

Dalam kejadian yang berlaku malam tadi, Zizan berkata, kecuaiannya yang sibuk bercakap telefon menyebabkan dia terlepas stesen minyak sehingga keretanya tersadai di tepi jalan.

Gelagat pelawak tersebut mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan video yang dimuat naiknya.

Lebih kelakar, Zizan yang ditemani rakannya sempat berlawak dengan mengatakan kawasan sekitar lebuh raya itu agak menyeramkan dan menyifatkan malam yang dilalui sebagai ‘gila’!

Bagaimana pun, rata-rata warganet memuji sifat sabar dan tenang Zizan ketika menghadapi situasi yang agak mendebarkan. Bukan senang nak kawal rasa takut di tepi lebuh raya ya!

Zizan akhirnya mendapat bantuan petugas PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menunda keretanya untuk pengisian minyak. Aduh, Zizan oh Zizan!- MHETV

Iklan