Rahim Yusof atau Poksu Mie,52,merupakan seorang tukang jahit. Tetapi dia bukan tukang jahit biasa-biasa,  sebaliknya  sangat istimewa.

Dilahirkan serba kekurangan tanpa kedua-dua belah tangan sejak kecil, mungkin ada yang anggap kerja yang paling sesuai untuk beliau adalah sebagai peminta sedekah. Tetapi,  Poksu Mie bukan mudah menyerah kalah dan enggan meminta-minta. Dengan kecekalan hati,  dia mampu menjalankan tugas sama seperti tukang jahit normal lain.

Anak jati Pulai Chondong, Machang ini dilihat cekap memasukkan ke dalam lubang jarum yang begitu halus menggunakan jari-jari kaki.

Bukan itu saja, tambah mengagumkan lagi, Poksu Mie turut menggunakan kedua-dua belah kaki­nya untuk melakukan rutin seharian seperti menjawab telefon dan memandu kereta.

Ketika ditemubual wartawan MHE TV, beliau menyatakan kemahiran menjahit menggunakan kedua belah kakinya bermula sejak 30 tahun yang lalu. Beliau mempelajari kemahiran itu ketika mengikuti latihan di Pusat Pemulihan Orang Kelainan Upaya, Cheras, Kuala Lumpur.  Poksu Mie, anda manusia hebat! -MHE TV

Iklan