Kuala Lumpur 21 Sept.- Tiada lagi rahsia, selebriti laman sosial Vie Shanti Khan akhirnya berkongsi gambarnya dengan suami Datuk Seri Rahman Dahlan.

Merupakan kali kedua dia berkongsi gambar suaminya itu dilaman sosial miliknya, ternyata kali ini pengikutnya tidak melepaskan peluang untuk bertanya kesahihan status isteri kedua yang dipegang Vie.

Bagaimanapun Vie yang dikatakan sedang mengandungkan anak pertamanya dengan Rahman bagaimanapun tidak membalas pertanyaan pengikutnya.

Sementara itu desas desus yang mengatakan bekas isteri kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof ini sudah berkahwin mula bertebaran sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun Vie yang sebelum ini pernah digossipkan bercinta dengan pelakon Zizan Razak tidak pernah memberi kenyataan mengenai perkara tersebut.

Iklan