Ibu mana yang tidak gembira melihatkan kejayaan anak di dalam peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi penyampai radio Suria FM, DJ Lin kejayaan puterinya, Nureen Aresya yang berjaya memperoleh 6A daripada 10 subjek amat membanggakan.

Menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, DJ Lin berkongsi perasaan syukur dengan keputusan SPM anaknya.

“Tahniah buat puteri #djlin @nrenarsya berjaya memperolehi 6A daripada 10 subjek yang diambil untuk #SPM.

“Alhamdulillah syukur. Hilang segala debaran. Lain macam penangan yang kita rasakan bila teman #anak gi amek result exam ni. Tahniah sayang.

“Moga terus berjaya dalam mengejar impian & cita2. Doa ibu sentiasa ada untuk kakak,” tulis DJ Lin.

Tahniah Nureen dan DJ Lin! – MHE TV

 

Iklan