Esok, tanggal 11 Februari tentunya menjadi hari paling bermakna bagi bintang siri popular 90-an, Friends, aktres Jennifer Aniston yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50.

Lapor Hollywoodlife, sumber yang rapat dengan aktres ini memberitahu, bekas isteri Brad Pitt ini berkata dia teruja mahu menyambut hari jadi yang ke-50 dan mahu terus menjalani hidup yang kini digambarkan sangat seronok dan bahagia dengan kerjayanya.

“Jen mengharapkan hari jadi ke-50 ini lebih daripada yang diharapkan.

“Dia mempunyai kehidupan yang luar biasa dan dia merasakan bahawa beralih angka 50 bukan umpama satu hukuman mati.

“Tetapi peluang untuk terus menjalani usia dengan anggun dan mempunyai kehidupan yang lebih besar pada masa hadapan,” kata sumber tersebut.

Selain itu, Jen berasa sangat yakin dan tidak sabar menantikan apa lagi yang akan berlaku dalam perjalanannya melalui kehidupan di usia tersebut .

“Dia benar-benar yakin. Dia tahu dia kelihatan hebat, dia berada di tempat yang baik secara peribadi dan profesional, dan dia hanya menantikan apa yang akan berlaku,” tambah sumber itu lagi. – MHE TV

Iklan