Statistik kelahiran di Taiwan pada 2018 menunjukkan peningkatan kira-kira 30.1 peratus wanita di negara tersebut melahirkan pada usia 35 tahun.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, jumlah tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 16.7 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Adakah ia secara kebetulan atau disengajakan tidak diketahui namun, peningkatan ini dianggap trend terkini di kalangan wanita Taiwan melahirkan anak pada usia tua.

Pada tahun sama, bilangan ibu-ibu baharu berumur 25 hingga 29 tahun merekodkan sebanyak 23.4 peratus dan menyaksikan penurunan sebanyak 13 peratus berbanding tahun 2008.

Data tersebut turut melaporkan penurunan kelahiran bayi sebanyak 7.2 peratus (181,000), berbanding tahun sebelumnya.-MHE TV

Sumber gambar: Fox news

Iklan