Seorang wanita warga emas yang hanya dikenali sebagai Yang ditahan gara-gara mencampakkan duit syiling ke dalam enjin sebuah pesawat.

Memetik laporan channelnewsasia.com kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita semalam itu disedari penumpang sebelum melaporkannya kepada kru penerbangan.

Selepas ditahan pihak berkuasa, wanita tersebut mengaku mencampakkan enam keping syiling ke dalam enjin pesawat bertujuan untuk berdoa agar penerbangannya berjalan lancar dan selamat.

Ekoran insiden terbabit, Yang diarah turun dari pesawat dan mungkin dikenakan hukuman oleh pihak syarikat penerbangan. – MHE TV

Iklan