Trending Tular Video

Warga emas mangsa dera anak dan menantu

Pukul 1 tengah hari semalam, seorang wanita warga emas dijumpai dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Habis satu badannya mengalami kesan luka dipercayai akibat didera oleh anak dan menantunya.

Mujur ada jiran prihatin dan bertindak cepat menyelamatkan wanita berusia 70-an yang dikurung dalam sebuah rumah di tingkat 12, Flat Sri Desa Wawasan, Bukit Mertajam.

Difahamkan, seorang jiran lelaki telah memotong kunci pintu jeriji rumah yang didiami wanita terbabit sebelum dia menghubungi polis, ambulans dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut, jelas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid kepada Bernama.

Mangsa dijumpai dalam keadaan cedera di belakang badan, tangan dan kepala. Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal polis mendapati, warga emas berkenaan jarang diberikan makanan oleh anaknya atas alasan mengalami masalah kewangan.

Tambah Nik Ros Azhan, susulan kejadian itu pihaknya telah menahan dua anak lelaki dan menantu perempuan warga emas terbabit berusia 40-an bagi membantu siasatan kes itu.

Jelasnya lagi, dua anak lelaki mangsa yang ditahan merupakan penerima bantuan JKM. Difahamkan, kedua-duanya yang tidak bekerja menghidapi masalah mental.

Sementara itu, menantu perempuan adalah orang kurang upaya (OKU) dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Selain mereka, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dipercayai cucu mangsa juga tinggal bersama di rumah tersebut.

Dalam perkembangan sama, Nik Ros Azhan menjelaskan, pihaknya akan memanggil jiran mangsa untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes.

“Polis masih menyiasat siapa yang mendera wanita itu kerana ketika diselamatkan mangsa hanya mendiamkan diri sehingga dibawa ke HSJ,” katanya seperti dipetik Bernama.

Ujarnya, mangsa dipercayai menghadapi sejarah sakit mental (kemurungan). Dalam pada masa yang sama, dia menafikan dirinya didera tapi sebalik mengalami kecederaan akibat terjatuh.-MHE TV

Iklan

■UPDATE KEDUA■'Ibu mungkin didera sejak empat bulan lalu'“SEBELUM ini emak rajin bercakap dengan kami, namun sejak...

Posted by Bagan Serai Kampung HalamanKu on Wednesday, 13 March 2019
Ruang komen