Pasangan sensasi Hollywood, Will Smith dan Jada Pinkett Smith memang seringkali berjauhan setiap kali menjelang hari ulangtahun perkahwinan mereka bahkan lebih senang melakukan aktiviti kegemaran masing-masing.

Menurut suami isteri yang mendirikan rumah tangga pada malam Tahun Baru tahun 1997 ini, mereka tidak akan lagi meraikan detik memperingati hari bahagia itu kerana mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkahwinan.

“Ia lebih banyak mengenai perkongsian hidup, jadi ia tidak terancam pada hari itu,” kata Jada menerusi salah satu episod programnya, “Red Table Talk”.

“Kami tidak lagi merayakan hari itu dalam erti kata kerana konteks penyatuan kami sama sekali berbeza.”

“Biasanya Will, pada Tahun Baru suka berada dalam pengembaraan di suatu tempat.

“Tidak ada yang tahu di mana dia akan berada, dan saya suka berada di sini, saya tidak mahu berada di tempat lain. Kini dia mempunyai kebebasan untuk pergi dan mempunyai pengembaraan hebat.”

Membina bahtera rumah tangga selama 21 tahun, Jada dan Smith sangat terbuka mengenai perkahwinan mereka. Sekitar tahun lalu, pasangan ini menegaskan bahawa mereka tidak bercerai, tidak kira apa yang akan berlaku dalam kehidupan.

“Inilah perkara tentang Will dan saya – (kita) adalah keluarga yang tidak akan pernah berpisah, ia tidak pernah.

“Kami tidak pernah mengatakan bahawa kami sudah berkahwin lagi. Kami merujuk kepada diri sendiri sebagai rakan kongsi hidup, di mana anda masuk ke ruang yang anda menyedari bahawa anda benar-benar mempunyai seseorang untuk sepanjang hidup anda,”, katanya.

Sementara Smith, 50, juga pernah membuat kenyataan mengenai evolusi hubungan mereka dengan mendedahkan bahawa mereka tidak merujuk kepada diri mereka berkahwin sebaliknya sebagai pasangan yang sama-sama berkongsi kehidupan

“Dia mendapat sokongan saya ‘sehingga mati dan merasa sangat baik untuk sampai ke ruang itu,” kata bintang filem Men In Black itu.

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata, Jaden Christopher Syre Smith, 20 dan Willow Camille Reign Smith, 18.

Iklan