Patut la sebelum ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering berkongsi aktiviti berbasikal dalam laman Instagram miliknya. 

Rupa-rupanya Siti menyertai aktiviti kayuhan berbasikal RHB Langkawi Ride 2019 di Dataran Laman Mar, Langkawi. 

Tetapi Siti tidak berseorangan, sebaliknya turut ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid dan juga teman-teman Siti yang lain. 

Melalui entri yang dimuat naik Siti dalam Instagram miliknya, Siti turut menceritakan pengalamannya dapat memotong Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. 

Siti bergambar dengan Syed Saddiq dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum kayuhan bermula.

Malah Siti berbangga dengan pencapaian yang dicatatnya iaitu kayuhan 72 kilometer dalam masa tiga jam. 

“Inilah sebahagian #teamCTDK yang terlibat untuk #rhblangkawiride2019. 

“Kami bukanlah selalu training sampai 100km ke atas (kecuali trainer kami), tapi kami semua kuat semangat dan saling sokong menyokong. 

“Alhamdulillah, kenangan yang tak dapat dilupakan. Gambar 7 & 8 special sikit sebab saya dapat potong YB @syedsaddiq (sorry ye eksyen sikit),” tulis Siti. 

Wahh, hebat Siti kan. Bukan calang-calang tau ibu Aafiyah ni. Lepas ni, lagi hebatlah kayuhan Tok Ti! – MHE TV

Iklan