Berita sangat memilukan diterima di Semenanjung Gaza, Palestin, semalam.

Seorang bayi dilaporkan terbunuh akibat serangan peluru berpandu ‘zionis Israel’ ketika mangsa berada bersama ibunya yang sedang mengandung di halaman rumah mereka, dedah salah seorang saudara kepada mangsa, Abu Nidal Abu Arar.

Akibat serangan itu, mangsa dikenali sebagai Sabaa Arar yang berusia setahun dua bulan terbunuh, sementara ibunya disahkan meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan parah.

Serangan tidak berperikemanusiaan itu turut mencederakan seorang lagi kanak-kanak.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, seorang pemuda berusia 22 tahun disahkan terkorban, manakala 13 yang lain cedera akibat serangan puak rejim zionis.

Perangai ‘baling batu sorok tangan’ Israel terserlah apabila mereka memberikan alasan insiden serangan terbabit menyasarkan sasaran ketenteraan sebagai tindak balas terhadap serangan roket. – MHE TV

Iklan