Nabila Huda

Gara-gara kenyataan Nabila Huda berhubung slogan Malu Apa Bossku? yang disifatkannya menjengkelkan, aktres berbakat besar itu telah menerima teguran daripada warganet terutama masyarakat Sabah.

Mengulas dakwaan seorang individu yang dipercayai penduduk Negeri Di Bawah Bayu itu yang mendakwa Nabila seorang yang tidak sensitif, pelakon berkenaan menegaskan dia tidak berniat untuk mengutuk sewaktu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Ya Allah, apa ni? Saya bukan kutuk orang Sabah. Orang di KL (Kuala Lumpur) ni guna ayat tu yang buat bunyi annoying gila!

“Semua benda nak guna ayat tu. Sumpah, saya sendiri tak tahu ayat tu berasal dari Sabah. Saya tak kutuk pun,” tegas Nabila atau Nabila Huda Suhaimi membela dirinya.

Komen yang ditulis oleh seorang pengguna Instagram kepada Nabila.

Nabila mengulas mengenai hal itu setelah seorang pengguna Instagram dengan nama @drone8512 bertindak meninggalkan komen yang mendakwa pelakon berkenaan tidak mengkaji asal usul dan maksud perkataan ‘bossku’.

Ekoran itu, Nabila dianggap seorang yang tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah.

“Seperti mana artis inginkan peminat untuk jaga sensitiviti mereka, macam itu juga perasaan kami sebagai peminat dan rakyat Sabah khususnya,” komen pengguna terbabit terhadap Nabila. – MHE TV

Iklan