Bekas pelakon dan penyanyi yang berkemungkinan berdepan hukuman penjara 15 tahun, Park Yoochun secara rasmi dibuang daripada akaun media sosial kumpulan legenda JYJ.

Pada petang 16 Mei (semalam), agensi pengurusan C-JeS Entertainment juga telah membuang imej Yoochun daripada laman sesawang rasmi.

Anggota kumpulan JYJ kini hanya tinggal berdua, Kim Jae Joong (kiri) dan Kim Jun Su.

Kini JYJ hanya tinggal berdua iaitu Kim Jaejoong dan Kim Junsu. Mula dibentuk pada tahun 2010, asalnya mereka bertiga adalah sebahagian daripada ahli kumpulan terkenal TVXQ.

Yoochun pada mulanya mengaku tidak bersalah sehingga keputusan ujian menunjukkan dirinya positif dadah.

Terdahulu, pada 23 April lalu, Yoochun secara sukarela mengumumkan dia bersara daripada dunia hiburan selepas keputusan ujian dadah terhadapnya positif.

Bintang berusia 32 tahun itu didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine atau syabu. – MHE TV

Iklan