Selepas netizen didedahkan dengan kesanggupan seorang lelaki berbelanja habis-habisan demi mahu mendapat rupa paras seperti anggota kumpulan BTS Jimin, kali ini seorang lagi lelaki terjebak dan gigih nak jadi seperti anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa.

Tetapi lelaki tersebut bukanlah melakukan pembedahan plastik sebaliknya dia mengubah wajahnya dengan mengenakan solekan sahaja.

Mahu dikenali sebagai Qyoung, lelaki berkenaan memuat naik video dirinya bersolek untuk kelihatan seperti Lisa. Video tersebut tular dan mendapat perhatian netizen.

Walaupun dia seorang lelaki, dia menunjukkan kemahiran bersolek yang mengagumkan dan berjaya mengubah raut wajahnya hampir serupa macam Lisa.

Bukan itu saja, dia juga meniru gaya dan trademark Lisa dari segi double eyelids, cat eye dan raut wajah babyface.
Setelah selesai bersolek, Qyoung menyempurnakan transformasinya dengan mengenakan rambut palsu dan memakai pakaian seragam sekolah.

Kemudian dia membuat pose seperti Lisa dalam video muzik lagu ‘As If It’s Your Last’.

Korang rasa sama ke tidak? Tonton video tutorial di bawah.

Kalau ada yang mungkin teringin nak berwajah persis Lisa, bolehlah tiru cara Youtuber Qyoung. – MHETV

 

Iklan