PENYANYI, Zamani telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Juliana binti Abdul Rani dalam satu majlis di Ampang, malam tadi.

Majlis pernikahan yang diadakan secara ringkas itu telah dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menolong menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak.

“Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan majlis pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga,” katanya.

Dalam majlis itu, Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 bersama tujuh hantaran perkahwinan berbalas sembilan.

Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.

Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Iklan