Foto: Fairuz Izyana Ayub

Dia antara kelibat terbaharu dalam dunia hiburan yang sedang menjadi perhatian. Jejaka  bermata romantis,  Zul Helmy Abdullah, 25 , ‘memikat’ bukan saja kerana lakonannya dalam drama-drama TV antaranya Syurga Bukan Percuma, Isteri Bukan Untuk Di Sewa dan terkini Setelah Terlafaznya Akad  tetapi pesona wajah lelaki berlesung pipit dengan tahi lalat di dagu ini, mula membuat ada yang dah jatuh cinta!

Berterus terang diri belum serius nak berkahwin  walaupun sedang berkawan dengan seseorang, Zul Helmy  berhati-hati membawa diri dalam dunia hiburan.

“Sekarang kalau ke mana-mana, sudah ada yang bertegur sapa dan mahu bergambar, saya melayan dengan baik, demi menghargai sokongan sekeliling.

zul helmy

“Begitu juga sapaan dan sokongan daripada mereka mula mendekati saya melalui laman sosial. Dalam melayan, saya mengelak kalau ada kemahuan yang ‘bukan-bukan’, ” katanya.

Zul Helmy  tidak mahu terjebak dengan kes sebagaimana adanya  artis lelaki  popular sebelum ini didakwa ‘berani mati’ apabila sedia berkongsi gambar yang ‘panas’ dengan peminat.

“Kalau ada kemahuan keterlaluan, lebih baik diam daripada  melayan. Kena berfikir panjang apa yang dibuat bukan kerana dikenali sahaja tetapi apa tindakan dalam hidup, jangan sampai melibatkan maruah diri tetapi keluarga tercemar,” katanya.

Sebagaimana pendiriannya, artis-artis muda lain pun kenalah memastikan tidak ghairah meniti karier glamor sampai ‘memakan diri’.

zul helmy

Kepada Zul Helmy, teruslah `berlari’  mencipta nama kerana bakat lakonan dan jauhi  cerita sensasi-sensasi  yang bukan-bukan.

Yang pasti, mengenalinya dari dekat, Zul Helmy seorang yang tidak sombong dan dengar di lokasi dirinya pun disenangi keraan merendah diri dan menghormati orang sekeliling. -MHE TV

Iklan